tahun ni aku sambut Hari Raya Haji di Kelantan..awalnya nak mengelak tak nak balik.tapi dah disindir oleh abangku yang kuat menyindir tu..aku pun balik lahh..
sorry..tak ada gambar pagi raya..aku tak sempat nak ambil gambar lembu tercungap-cungap lepas kena sembelih..hihi..aku balik Kelantan agak lama..aku bertolak hari Rabu 24 Okt..aku gerak balik hari ni baru sampai..
maknanya dalam seminggu jugak lah aku mencongokk kat kampung tuu.masa raya kedua aku and kakak aku pergi kenduri atok saudara aku..umur dia dalam 30an lahh..huiyooo..baru umur 30 dah ada cucu saudara kann..kelas kauuuu..aku tak berapa kenal dia sangat..
aku cuma tahu nama panggilan dia POK DEK..ha'ah..macam kelakar kan bunyi dia..haha..
![]() |
si bajet pakai shades dan si perasan pakai shawl |
then selepas seminggu kat
Kelantan..aku,ma and abah pun nak bertolak balik KL..tapi abah cakap nak
singgah Kuantan dulu..melawat saudara jauh aku yang accident..tidur
sana..hoyeahhh..
kitorang gerak pagi
semalam..singgah Hospital Universiti Sains Malaysia dulu kat Kubang
Kerian melawat bapa saudara abah aku..merangkap atuk saudara aku.aku dah
lama tak jumpa beliau..dia sakit dah lama..sakit tua..umur pun dah 79
tahun..aku sampai kat wad hospital then terus masuk tengok dia..ya
Allah..kurusnyaaa !! aku terkejut..aku terus menangis *tapi cover..aku
lap air mata aku..aku duduk belakang ma aku je..tengok dari jauh..macam
tak percaya..bila dia pandang,aku larikan mata aku..aku taknak dia
nampak aku menangis..
okay dah..tutup cerita sedih..
lepas tu kitorang gerak pergi Kuantan..kitorang sampai malam..carik hotel..then dinner sedap gilaaaaa..tidur..
esoknya
gerak pergi Hospital Tengku Ampuan Afzan kat Kuantan..melawat saudara
aku..muda lagi..dok kat wad ICU..aku masuk dgn abah sebab boleh masuk
dua orang je..
WOWW !! hensem gila dia ni..even dia tak sedar tapi terserlah kehenseman beliau..gatal..kihkih
![]() |
pastu kitorang lunch kat tepi Sungai Kuantan..even panas tapi sedap je berangin..kat tepi tepi sungai ni aku nampak ada ika todak.tapi besar ibu jari kaki kanan aku je..jangan risauu..diorang tak serang..
![]() |
boleh boleh nak menyempit muka |
kan dah cakap sana berangin kuat gila..sebab tu tudung aku senget macam tu..muka kenyangg..hehe
![]() |
awan yang cantik masa OTW balik |
hehehe..itu je cerita aku..
kbye